marque

SELAMAT DATANG KE http://akumanik.blogspot

Salam Semua

BEADS & SEQUINS EMBROIDERIES

Salam semua, Selamat datang ke blog akumanik.blogspot. Tempahan menjahit manik dipelawa kepada semua rakyat Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Jika anda berminat untuk membuat tempahan, sila hubungi saya di pdgjawa@hotmail.com atau call/sms di 016-6073467. Jangan malu-malu untuk menghubungi saya.



Blog ini adalah kesinambungan FP aku di http://akumanik.fotopages.com dan juga laman menjahit baju http://naninana.tripod.com/index.html.

Semalam adalah kenangan...Hari ini adalah kenyataan...Esok adalah impian...Semoga setiap detik yang berlalu penuh dengan pengisian dalam menghargai perjalanan kehidupan...

Followers

26.10.10

Shimmering Flora Ju (2510)






Shimmering Flora kepunyaan Ju rakan sepejabat.
Moga puas hati ya Ju

21.10.10

Belajar Menjahit Asas Manik


Salam.
KELAS AKAN DIADAKAN PADA xxx
MULAI JAM 9.30 PAGI. BAYARAN PROMOSI HANYA RM100
BERBAGAI JENIS CORAK JAHITAN MANIK DAN LABUCI AKAN DI AJAR.
SILA HUBUNGI SAYA SEGERA
0166073467

Saya akan mengajar menjahit asas-asas manik dan labuci dengan
harga promosi. Murah dan berbaloi.

Barangan disediakan. datang belajar sahaja. kemudian balik dengan hasil dan ilmu yang dipelajari.

cuma mungkin tiada sijil tetapi akan diganti dengan survenior.

Sila hubungi 0166073467.

19.10.10

Bunga Labuci (1910i)


Saje test bunga labuci ni..

Baju Cikgu Linda (1910 ii)

Manik tabur untuk baju cikgu sekolah Lynda..






Baju maroon Zu (1910 iii)

Bunga Labuci di tambah sedikit manik manjalara






Baju maroon Zu (1910 iv)

Corak Bunga Labuci di selitkan corak manjalara. Baju kepunyaan Zubaidah Tngkat 4.

14.10.10

peralatan jahitku

Benang-benang.. hobi membeli benang pulak...
macam2 warna ada.. dah beratuspun, bila pergi kedai. aku beli lagi.. he he.
nasib cik abang aku tak marah...
bila sekali menjahit.. ha.. tu dia..
penuh satu meja.. benanh, pensil dan pen penanda, manik, labuci, gunting..
piring... gam tu guna bila potong pelan baju guna suratkhabar.. nak sambung2 kertas..
pembaris yang dah rongak... nana 'try test' masuk jari dia
langsung tak boleh keluar, terpaksa potong jari dia..
ha ha.. terpaksa patahkan pembaris ni..
kegunaan: untuk manik sisik ikan...








Corak tangan Rohina (1410 i)

Ini baju Pn Rohina.. aku dah jahit 3 baju dia.. nnti aku uploadkan gambar..
harap dia suka.. tapi nampak gaya dia mmg sukapun..
pagi ni dia bagi satu lagi baju.. nak corak lebih kurang macam ni jugak...
he.. i like...






Baju Raya Nana (1410 ii)

Corak juraian , bunga labuci dan jahit terabur..
Baju raya Nana tahun ni.






Baju Ustazah Keningau (1410 iii)

Ini satu lagi baju Ustazah Hasnah dariKeningau. dah diposkan semalam.
tak dapat juga nak glammer habis.. ingat nak kirim pada En Jo.. tapi terlepas juga,
dan inilah hasilnya.
Manik beriring 2 line dan juga Highlight








6.10.10

Baju Noraini (0710 i)


sayang, baju ni dah nak dihantar ke tuannya, pn Noraini. Kamera tak bawak. nak pinjam dari B malas pulak nak menapak... nasib baik juga ada hp CSL yang migapixelnya paling kurang sekali.. jadi terimalah seadanya.

Nor tempah manik dengan baju sekali.
Baju Merah yang bergetah.. memang berat baju ni. sampai tumpul gunting baru ku!




Ini pula baju Anak Nor.. comel je baju ni. mungkin anaknya dalam 6 tahun.
baju ni pun aku jahit. dia bagi ngam2 kain.. kalau sikit lagi tak cukup, memang aku kena tampal dengan kain perca lain..!!

Corak jenis berjurai jurai. Harap2 adik kecik ni suka.....


Batik Highlight Fatimah (0710 ii)


















Baju Pn Fatimah. Tangan corak jahitan betrabud dan badannya di highlight kan. Timah nak pakai baju ni untuk jadi MC di SACC. Katanya "malunya aku ramai puji baju aku lawa hihi.. duitpun lom bayar..." ..
aku tak kesahpun.. ada lagi 2 baju tak siap pun..



Ustazah Keningau (0710 iii)

Berkesempatan dalam Mesyuarat, Taklimat SKPM di Concorde haritu..
aku jahitkan manik di baju Ustazah Hasnah dari Keningau...
sebab 1 malam je maka inilah corak yang aku mampu.. untuk siapkan 2 helai sekali..
Ustazah nampak suka....













Tudung Biru Fatimah (0610 i)

Jahitan manik di tudung
Fatimah punya.. biru, biru.. dah jahit mcm tak menyerlah pulak..
tu yg aku tambahkan bunga2 biru gelap... sama corak baju nye sekali.







Shimmering Flora Crumble Linda (0610 ii)

Baju raya Azlinda.. Mula2 aku buatkan beberapa kuntum bunga di tangan...
kemudian sebab byk tempahan.. Linda siapkan sendiri baju ni..

dia lagi creatif campurkan crumble dan shimerring flora sekali.

Dileher. akula jahit sendiri... lepas sahur sehingga pagi,







Baju biru, bunga merah.. memang jelas nampak menarik..

Juraian Amielia (0610 iii)





Baju kurung Amielia. aku jahitkan juraian dan bunga labici.. selebihnya Amielia jahit sendiri sehingga pukul 3 pagi..

Mari mari

Related Posts with Thumbnails