14.11.11
Belajar manik
bunga 3d terawal
Tak pernah aku belajar dari mana mana kelas menjahit manik ni...
aku ngajar orang ada laa...
akupun tak pernah cas beratus ratus untuk mengajar kerana menjahit manik ni hobi aku..
belum sampai tahap menjadi betul betul sifu..
Tak gunapun kedekut ilmu kalau dah pandai.. lagi banyak kita berkongsi ilmu, lagi banyak kita dapat... kawanpun bertambah.
Atas semangat, rujuk pada nota, rujuk hasil kawan-kawan aku boleh menjahit manik dan kenal jenis2 manik.. kenal nama2 jahitan seperti manjalara, crumble, sf dll.
Atas kesabaran nota jarilentik, quidoo.com dan buku buku Rosita Jaafar.. aku pandai juga membuat manik 3D.. kalau dah pandai.., bunga apapun boleh kita buat. seliparpun aku boleh buat.. hehe..
Buku Puan Rosita Jaafar aku bawa kesana kesini.., naik turun flight... mula2 aku belek, belek...
kemudian baru cuba sikit sikit.. (Buku RJ ni aku dah beli semua.. menjahit baju, menjahit manik, sulaman...)
kadangtu se hari suntuk aku mencuba.. tak peduli urusan lain..
tak berjaya, sambung esok...
kerja susah kalau dicuba akhirnya senang..
sama juga macam buat programming...
dan juga buat tapak instrumen...
(Ilmu buat tapak excel ni, sori, aku tak nak ajar.. buat sendirila.. kalau pandai excel,bukan susah sangat!!!
kalau tak pandai excel... sampai bilapun tak kan fahamnya formula2 .. tau +-*/ dahla..)
11.11.11
Subscribe to:
Posts (Atom)