marque

SELAMAT DATANG KE http://akumanik.blogspot

Salam Semua

BEADS & SEQUINS EMBROIDERIES

Salam semua, Selamat datang ke blog akumanik.blogspot. Tempahan menjahit manik dipelawa kepada semua rakyat Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Jika anda berminat untuk membuat tempahan, sila hubungi saya di pdgjawa@hotmail.com atau call/sms di 016-6073467. Jangan malu-malu untuk menghubungi saya.



Blog ini adalah kesinambungan FP aku di http://akumanik.fotopages.com dan juga laman menjahit baju http://naninana.tripod.com/index.html.

Semalam adalah kenangan...Hari ini adalah kenyataan...Esok adalah impian...Semoga setiap detik yang berlalu penuh dengan pengisian dalam menghargai perjalanan kehidupan...

Followers

21.6.11

Daun 3D

Peerrgghhh.. aku berjaya buat daun 3D.. baru sehelai... itupun sebulan setengah yang lepas.. nak sambong daun kedua ni takut tak jadi pulak.,.. kelakar betul... rasanya 2-3 jam gak nak siapkan daun ni...

Baju Oren Bunga labuci 210611 g

Baju warna warni dan terang... susah gak nak mencari warna manik dan labuci yang boleh nampak.. jadi inilah hasilnya..




baju pink 210611 f

Baju KakNormah..
Baju ni dah penoh sulaman benang... so nak tambah di leher...
dan aku tambahkan manik ditangan
simple je...






tengok ni, meriah bunga sulaman benang asal ni...

Kebaya 210611 e

Baju Kebaya Pn Sutri
Manik Manjalara menjalar .. dihiasi dengan bunga matahari..



baju Pn Sutri 210611 d

tangannya mula2 buat jahitan manik beriring dan manjalara, tapi hari ini aku tambah bunga labuci...
badan baju dihighlight...




bunga merah labuci 210611 c

Baju ni dah penuh bunga... nak tambah pada leher je....

inilah jahitan manik ku




Crumble 210611 b

Lama aku nak siapkan crumble ni... crumble ni jadi macam mencengkam... lep-as tu baru aku terbaca petua sheikh, mulakan dari atas.. so, sebab aku mulakan dari tengah, tepi, kiri kanan kut... aku harap sangat kakak ina suka... nak tetas balik.. alamat berlubang nanti sebab pakai bermeter meter benang, dan berpuluh2 manik...



Manik Terabur Kakwati Klang 210611 a

Baju Kak wati.. lewat aku tidur nak siapkan baju ni... OK..


3.6.11

Crumble 03062011 C

Crumble lagi.
Baju adik Ju.
alhamdulillah aku dapat siapkan dalam masa yang ditetapkan.l...

nanti aku tunjukkan cara menjahit crumble ini ya...





mon dan dom



dahla bilik bersepah.. aku sibuk menjahit, 2 ekor, si Mon dan Dom ni pun sibuk tolong menjahit..
terbalik kan bekas manik2.., sibuk mencarik benang.. entah benang apa dia nak tak taula...
kalau ada plastik.. berebut2 masuk dalam beg plastik tu...

bagus juga dua budak kecik ni meneman aku.. lepas penat dua2 terlelap..


MON .. DOM...kucing kitaorang.




Ini DOM. nama dia saadom.. ha ha


ini Mon.. . nama penuh dia, Monyet sebab muka dia, sekali tengok macam monyet.. baik saanggat!


baju kawan sepejabat 03062011 2

Baju kawan aku ni.. Ita.
macam biasa, corak ditangan. dan jahit beriring




Baju Pengantin 03062011 a

Salam. Lama tak update blog...
banyak sangat kerja di pejabat dan dirumah...
jahit baju anak2 kaklong.. satupun tak sempat ambil gambar...

ini baju pengantin - kain lace...
buat sikit sikit, alhamdulillah akhirnya siap juga...
harap pengantinnya suka...








Mari mari

Related Posts with Thumbnails